Thursday, August 12, 2010

Salam....salam Ramadhan juga kepada semua umat Islam di seluruh dunia...syukur kepada ALLAH yang Maha Besar dan Maha Agung kerana aku, suami dan anakku diberi lagi kesempatan yang berharga untuk berada di Bulan penuh dengan Rahmat, Hidayah dan kebahagian...Terima kasih Ya ALLAH di atas semua kesempatan yang telah Engkau lanjutkan..semoga Ramadhan kami tahun ini menjadi lebih baik dari tahun2 yang lepas...

Hari ini juga merupakan hari ke-3 Ramadhan, aku menulis kerana aku masih merasa sangat bangga dan terharu...anak ku yang baru berusia 2 tahun 9 bulan ini sudah bleh mengikut aku ke surau...ke suarau katanya...dengan penuh sopan dan tertib dia ikut menunaikan solat walaupun aku sedar dia masih belum mengerti apa2...namun ini satu permulaan yang sangat membahagiakan hati aku sebagai seorang ibu...dengan memakai telekung mini yang bersih...Nurkhayra Qaseh kelihatan sangat comel...mujurlah waktu itu waktu untuk beribadah...kalau tidak mahu aku merakamkan detik2 keindahan yang dilaluinya agar dia dapat mengingat bahawa dia adalah insan yang mampu menunaikan tanggungjawabnya kepada ILAHI walaupun dalam usia yang muda....

Semua melihatnya dengan penuh kagum...yang paling membahagiakan dia tahu di mana dia berada...walaupun biasanya dia seorang yang aktif dan tidak reti duduk diam tp semasa menunaikan solat Isyak dan Terawih itu dia begitu tekun mengikut...cuma adalah juga iklan yang dia buat...sempat lagi menyusu setelah kepenatan di rakaat yang ke 4....hehehhehehee

Lepas sahaja menyusu dia sambung balik ikut rukuk dan sujud bersama.....kasian jugak dia sebab terpaksa menahan panas dan gigitan nyamuk....tapi Alhamdulillah...sehingga ke rakaat terakhir...dia tidak meragam...malah dia kelihatan sangat suka dan tenang...apalagi sewaktu jamuan moreh di hidangkan.....ndak sabar2 dia mahu makan....lapar dan letih agaknya.....

Ya ALLAH...semoga apa yang berlaku semalam akan terus menjadi pegangan dan tabiatnya...sesungguhnya hanya kepada MU aku memohon agar Engkau melimpahkan rahmat dan memelihara anak kecil ini dari segala malapetaka dan hasutan dunia yang semakin melalaikan.....amin....

Friday, June 25, 2010



Kisah Abu Bakr (Ruben) dari Australia

26 01 2010

Pernah dengar nama Abu Bakr? Mesti yang pertama kali menjengah benak kita adalah sosok sahabat mulia yang sangat dikasihi Rasulullah saw. Seorang sahabat yang mula-mula sekali masuk Islam dan digelar As_Siddiq kerana setia membenarkan Rasulullah dan mempertahankan Nabi Allah dalam apa jua keadaan. seorang teman ketika hijrah Nabi, ayah mertua dan Nabi pernah berkata, jika ada orang yang paling dikasihi nabi, tentulah dianya Abu Bakr..seorang sahabat yang disebut nabi, yang diharapkan akan memasuki syurga dari mana-mana pintu syurga yang dikehendaki. Seorang sahabat yang rela menginfakkan keseluruhan hartanya dan hanya meninggalkan Allah dan Rasul sebagai bekal untuk keluarganya. Dan semua kisah Abu Bakr yang mulia tentu banyak yang telah dihadam oleh kita.

Cuma kali ini, nak berkongsi cerita (cerita asal bleh tgk kat link ini: http://www.islam-australia.net/21st%20Century%20Revert%20Stories/Revert%20Stories.htm) tentang Rubben dan pencariannya dalam agama. Tak jemu-jemu dia mendalami pelbagai agama dan mencari serta mencari jawapan untuk semua persoalan kehidupan.

Adakah kita juga begitu? Adakah kita telah benar-benar memahami Islam, mengenali Allah, mentadabbur Al-Quran dan melaksanakan kewajipan kita sebagai Muslim? atau adakah kita hanya Muslim pada nama? Renung-renungkan!

Kisah benar ini dirakamkan di dalam tesis Kepujian seorang muslimah, Sis. Tuba Boz. Individu ini kini bernama Abu Bakr, nama sahabat yang dekat kepada Rasulullah saw. Latar belakang kisah di Melbourne, Australia. Kisah ini juga salah satu bukti daripada ayat-ayat cinta Allah untuk kita fahami…

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al-Hujurat: Ayat 13)

Jika seseorang pernah memberitahu Abu Bakr yang satu hari dia akan bergelar Muslim, mesti jawapan yang diberikan adalah, “tidak sama sekali!!!” sebab rata-rata Mat Saleh Australia mempunyai tanggapan bahawa orang Islam/Muslim adalah pengganas. Tapi, takdir Allah mengatasi semua kemungkinan yang ada dan itulah yang berlaku kepada Bro. Abu Bakr ini.

Bila ditanya apa sebab dia mencari erti kehidupan yang sebenar, Bro. ni kata ada beberapa sebab. Pertama, ibu dan bapanya bercerai. Dia sangat-sangat bermasalah; malah ada kes polis, dan mengalami ketagihan arak. Mungkin kita rasa keadaan tuh da cukup membebankan bagi Abu Bakr. Ditambah lagi dengan kematian seorang kawan dia. Semua nih menyebabkan Abu Bakr berfikir adakah kehidupan semata-mata untuk menjadi makanan cacing (pent: dalam kubur)?

Pastuh dia berfikir lagi, apa akan jadi kalau dia mati? Adakah orang lain akan kesah dengan kematian dia kecuali beberapa orang daripada berbilion manusia atas bumi ini? Mesti lah tak. Mesti ada sebab yang lain untuk kejadian manusia atas bumi ini…!

Bermula daripada saat itu, Abu Bakr cuba mencari makna kehidupan

Sebagai permulaan, Abu Bakr bermula dengan agama Kristian. Dia cuba mendalami semua mazhab dalam Kristian tapi dia tak menjumpai jawapannya. Dia tahu, dia tak boleh tipu diri sendiri dengan menganut agama Kristian.

Dia mencari lagi:

Dia cuba cari dalam agama Hindu pula dengan berbual dengan kawan baik dia, seorang penganut agama Hindu. Adakah dengan hanya mempercayai, yang dia harus beriman dengan Tuhan ini dan Tuhan itu, dia dapat menerima? Dia berfikir, macam mana kalau Tuhan-tuhan ini tak sependapat? Dan hal itu dinyatakan dalam Al-Quran, surah Al-Mu’minun: Ayat 91:

Allah tidak sekali-kali mempunyai anak, dan tidak ada sama sekali sebarang tuhan bersamaNya; (kalaulah ada banyak tuhan) tentulah tiap-tiap tuhan itu akan menguasai dan menguruskan segala yang diciptakannya dengan bersendirian, dan tentulah setengahnya akan bertindak mengalahkan setengahnya yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang dikatakan oleh mereka (yang musyrik) itu.

Dia mencari lagi;

Dalam agama Yahudi, juga dia tak menjumpai jawapan..Dan dia kemudian merasakan, mungkin agama Buddha adalah jawapannya. Tapi, Gautama tak pernah mengaku dirinya sebagai sembahan, melainkan sebagai ikutan sahaja. Jadi, agama Buddha juga bukanlah jawapannya.

Kemudian seorang kawan beragama Kristian mengesyorkan dia mendalami Islam…

Dia balas, “tak mungkin..orang Islam adalah pengganas dan dia takkan dekat dengan masjid pon!”

Tapi kemudian dia mendapati dirinya berada di masjid Preston. Dia masuk dan mula bertanya soalan kepada brothers yang ada. Dan dia dapati, takde sorang pun yang bercakap ikut sedap mulut melainkan mereka mengambil ayat daripada Al-Quran. Perkara ini mengejutkan sebab bila dia bertanya kepada paderi, dia tak pernah Nampak mereka merujuk kepada Bible melainkan percakapan kosong. Sama juga dengan agama-agama lain. Mungkin ada sorg dua yang rujuk Bible tapi Brothers yang ditemui, semua member jawapan daripada Al-Quran. Mestilah agama ini bukan berkenaan manusia sebaliknya berkenaan mukjizat al-Quran dan bermula saat itu, Bro ini memahami makna ayat-ayat dalam Al-Quran. Mungkin berbulan-bulan juga sebab dia banyak sangat nk tahu!

Jadi, macam mana akhirnya Bro ini (sekarang berusia 20-an) masuk Islam?

Saat penting untuk dia membuat keputusan berlaku pada satu malam.

Malam tuh dia berbual-bual dengan beberapa Brothers. Mereka beri dia senaskhah Al-Quran untuk dia baca..Dia dah ada Al-Quran tapi dengan tulisan kecil yang agak susah dibaca. Di rumah, dia duduk di katil sambil menyalakan sebatang lilin. Dengan atmosfera yang sangat tenang, dia merasakan setting yang sangat tepat untuk dia membuat keputusan.Dia membuka Al-Quran, membaca dan berfikir (mentadabbur). Semua ayat-ayat dia rasakan sangat tepat dengan setiap persoalan yang dia hadapi. Tapi, dia masih mahukan sesuatu yang lebih..seolah-olah dia sedang di tepi jurang gunung dan bersedia untuk terjun. Dia cuma perlukan sket tolakan untuk terjun je!

Dia memohon kepada Allah, “ ya Allah, berilah aku petunjuk, mungkin, kilat, utk dia buat keputusan dan masuk Islam dan menjadi hamba Allah! Mungkin petir, cahaya atau lilin tadi untuk menyala setinggi 2 kaki..apa shj petunjuk Ya Allah..”

Dan dia terus menunggu . . . .

Tapi takde apa-apa yang berlaku…dan dia sedikit kecewa sambil bertanya kepada Allah. “Bukankah Allah Maha Kuasa? Tunjukkanlah kepada dia sesuatu!

Tapi, memang takde apa-apa yang berlaku walaupun sedikit bunyi pon sebagai petanda yang dia mahukan…

Dengan sedikit rasa kecewa, dia meneruskan membaca Al-Quran dan subhanallah, ayat yang dibacanya ketika itu betul-betul memberikan jawapan untuk dirinya! Untuk orang-orang yang mencari petanda, tak cukupkah dengan apa yang ada? Lihatlah langit, pepohon, air, semuanya adalah petunjuk kebesaranNya dan ini adalah petunjuk untuk orang-orang yang tidak memahami!

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. (Al-Baqarah:164)

Dia sangat terpana! Bro. nih pon tutup Al-Quran dan menyelubungkan diri. Itulah petunjuk yang dinantikan!

Keesokkan harinya, dia terus ke masjid dan memberitahu bahwa dia ingin menjadi Muslim. Walaupun bukan petunjuk fizikal seperti yang dia nak, tapi dia tak boleh bodoh sombong dengan ayat Allah yang dibacanya!

Jadi, adakah semudah itu utk Abu Bakr mengetepikan rasa takut dia kepada keganasan dan bahaya dalam beragama Islam?

Malam itu, sangat ramai umat di masjid. Dia kemudian menyedari bahawa malam itu malam pertama Ramadhan dan orang Islam berkumpul untuk melaksanakan solat terawih. Ade juga terdetik dalam hatinya, apa akn jadi klu dia salah mengucap syahadah..adakah orang yang ramai ini akan membunuh dia?

Dan die kemudian berdiri di hadapan, mengucapkan syahada seperti yang diajarkan. Saat itu, hilang semua rasa cemas dan berdebar, rasa seperti dia berdiri sendiri, dan mengalir kesejukan dalam dirinya. Seketika kemudian, semua brothers yang lain memeluk dia.

Dia merasakan ketakutannya terhadap Islam hilang begitu shj dengan kehangatan ukhuwwa yang dirasai

Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman. Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Anfaal: Ayat 62-63)

Dan dia terus belajar mengenai Islam..belajar untuk bersolat dan berpuasa. Walaupun pada mulanya dia masih makan daging babi sbb tidak tahu akan pengharamannya, yang dia tahu dia mesti berpuasa dari terbit fajar sehingga waktu Maghrib. Memang susah pada mulanya…

Bila ditanya, adakah dengan menjadi Muslim, dia sudah berubah? Dia mengatakan, dia kini merasakan dia hidup dengan bertujuan. Dia masih merasakan dia individu yang sama seperti dulu sebab banyak perkara tentang dirinya masih sama; seperti bersikap positif.

Keluarganya juga gembira dengan keputusan yang dibuat walaupun sedikit bimbang dengan hubungan family mereka. Cuma, dia ada kehilangan beberapa kawan (so-called) sebab dia da tidak minum arak dan keluar sesaja.

Die merasakan dirinya telah ‘revert’ kpd Islam, bukannya ‘convert’ seperti yang difahami dalam konteks Barat. Sebab dia kini kembali kepada fitrah dengan melakukan apa yang disuruh oleh Penciptanya. Jadi, dia Muslim bile melakukan apa yang disuruh dan bukan Muslim jika tidak melakukan apa yang Allah suruh.

Menjadi Muslim/orang Islam adalah satu perbuatan, bukan hanya kata nama. Jika pokok2 berbuat seperti yang disuruh Allah, maka pokok itu Islam. Islam itu penyerahan. Sebaik lahir, kita semua adalah Muslim sbb, secara fitrahnya, bila bayi lapar, dia menangis, itulah fitrah dan itulah Islam! Kita semua mengikut fitrah tp semakin kita membesar, dan kita belajar drp orang atau budaya lain, ketika itu mungkin kita lari daripada Islam kerana mengikuti corak yang lain drp Islam.Sebab itu, apabila kita kembali kepada Islam, kita ’revert’ kerana kita adalah muslim sebaik lahir.

Abu Bakr kini seorang ahli psikologi dan penerbit filem. Semoga Allah merahmatinya selalu.

Buka mata dan hati kita…Lihat sekeliling dan rasakan takjub atas segala ciptaan Allah..tiada yang dapat menanding ciptaanNya!

Monday, May 17, 2010

Sekian Lama............

Salam....sekian lama tinggalkan blog..ni semua gara2 FB...actually, sejak akhir2 ni malas ckit mo menulis...banyak benda yang datang serentak......semalam baru lepas ziarah mak ngan bapa di kampung....terasa sayu hati melihat dua2 yang sudah tua...bapa pula dalam keadaan tidak berdaya....aku pulak jauh daripada mereka...boleh jenguk pun sekali sekala...

Rasa terkilan juga sebab sepatutnya ada yang menjaga mereka dengan baik dan sempurna....apalah daya ku....kerja pun tempat yang jauh...mahu rasanya dibawa bersama tinggal di sini tapi semua anak cucunya berada di kampung....bapa sudah selesa dengan mereka di sana..di pisahkan nanti tambah menjadi resah dan beban fikirannya pulak.....biarlah aku yang mengalah....mudah2an saja ALLAH memberikan keringanan beban pada sakit bapa...dimudahkan fikirannya....walaupun aku dapat rasa deritanya menanggung kesakitan....

Ya ALLAH berikan ketabahan kepada bapa menghadapi dugaan - MU ya ALLAH....ringankan bebannya...ampunkan dosa2 lampaunya....mungkin memohon kesihatan bapa kembali seperti biasa agak mustahil...tetapi mudah2an ALLAH mengampunkan segala dosa2nya....diberikan kelapangan kepadanya dalam menghadapi dugaan ini....diberikan semula ingatannya yang hampir pudar...kadang2 menitis air mata bila dia bertanya benda yang sama berulang-ulang....

Ya ALLAH...berikanlah hidayah kepada bapa dalam mengingati - MU....

Wednesday, December 30, 2009

Tuesday, December 29, 2009

TINGGALKAN DENGAN KEMAAFAN...

Salam....

Tahun baru datang lagi....tinggal 2 hari saja untuk berada di tahun 2009 padahal tahun baru Hijrah sudah hampir seminggu berlalu...tapi masih juga di 'level' yang sama. Saban hari mendengar umpatan, kejian, kebencian, cacian dan salah sangka manusia yang digelar cikgu ku sebagai 'tukang karut'. Kalau difikirkan dengan perasaan, mahu rasanya mereka ini dirobek-robek mulut mereka. Tidak sedarkah mereka bahawa saban hari mereka menyiat daging saudara mereka sendiri. Itu kisah si tukang karut.

Lain pula ceritanya pasal orang yang menggelar dirinya 'sahabat' konon. Menumpang senang apabila kita senang. Maka kesempatan digunakan untuk kepentingan sendiri. Tetapi bila kita susah, ditinggalkan sendirian. Malah lebih parah, rupa2nya sahabat inilah yang sering mengacukan pisau tajam dan menikam dari belakang....MasyaALLAH....hanya ALLAH yang Maha Mengetahui....

Tidak lupa mereka yang suka menjadi 'anak wayang'. Kerana mahu dianggap hebat maka orang lain menjadi mangsa....ditindas, dikata, dihina tanpa didengarinya dan menjaja keburukan orang lain. Sakitnya, dia mengaku pula dia yang paling baik di antara semua....yang penting dapat nama....

Ntahlah....memang inilah warna sikap manusia....kepada mereka yang masih tidak tercemar peribadinya, kekalkanlah begitu....semoga ALLAH sentiasa memberikan rahmat pada kalian.

Kepada mereka yang aku sebutkan tadi, demi ALLAH...dalam hati ku tidak ada sekelumitpun dendam...kerana aku sentiasa memaafkan kalian setiap hari, pagi, petang, siang dan malam....janganlah berdendam kerana itu akan membuatkan kita membenci....

Tinggalkanlah tahun 2009 ini dengan penuh kemaafan yang tulus ikhlas kerana ALLAH SWT.....semoga ALLAH akan sentiasa memberikan kita hidayah....amin...

Monday, December 28, 2009

ULANG TAHUN NURKHAYRA QASEH DAN ULANG TAHUN PERKAHWINAN KAMI YANG KE-3

Salam....betapa susahnya mencari kesempatan untuk mencari ruang menulis...bukan kerana tidak punya masa tapi kadang2 masa sangat singkat untuk dikejar bagi melangsaikan semuanya...Ditambah lagi dengan menghadapi kesulitan2 yang sukar untuk dikatakan...ntah masuk dek akal orang lain atau cuma kita sahaja yang mengalaminya sendiri....SEMUANYA HANYA DALAM PENGETAHUAN ALLAH SWT....

Kesempatan menulis dan mengekspresikan perasaan ni aku mulakan jua dengan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat ILAHI kerana diberi kesempatan yang tidak mampu dibalas dengan kebaikan apapun yang aku lakukan.....syukur kerana masih sempat melihat Nurkhayra Qaseh mencecah usia 2 tahun dan syukur yang tidak terhingga kerana sempat mengingati hari perkahwinan kami yang ke-3 tahun. Terlalu banyak dugaan dan rintangan yang kami hadapi, namun aku percaya hanya ALLAH SWT yang lebih mengetahui segala apa yang berlaku. Dengan kesihatan ku yang agak terganggu sejak akhir2 ini, sakit yang menimpa bapa, kebimbangan suamiku dengan apa yang menimpa aku. Perkembangan Qaseh yang semakin mencabar....keletahnya yang menghiburkan membuat hati menjadi senang tapi kadang2 ada jugak yang menyebalkan fikiran...namun aku sangat2 bersyukur ada anak kecil secomel Qaseh.

Biarpun ulangtahun perkahwinan kami yang ketiga cuma disambut dengan bertukar-tukar hadiah di dalam kereta, tapi ianya cukup membahagiakan. Tidak terlintas di hati yang aku sudah 3 tahun mengahwini abang. Rasanya baru semalam jumpa, bercinta, kahwin dan membina keluarga. Itulah perasaanku setiap hari padanya. Biarpun kadang2 tingkahku agak menyebalkan dia juga tapi itulah perasaanku yang sukar untuk disembunyikan. Kesabaran abang melayan tingkahku tidak terbalas dengan perbuatan, perkataan dan apa juga yang sayang ada. Terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi menjaga sayang dalam apa juga keadaan sekalipun......

Ya ALLAH....mudah2an kesejahteraan rumahtangga kami akan terus terpelihara.....aku benar2 bersyukur kepada-MU Ya ALLAH....Amin.....

Thursday, December 3, 2009

Permata Hati.....


Salam.....Luluh hati seorang ibu apabila melihat anak kesayangan jatuh sakit. Tidak dapat digambarkan betapa pedihnya perasaan menahan kegelisahan. Namun semua ini ujian dari ALLAH SWT. Bersengkang mata, bersusah payah..di dalam hati dan perasaan hanya ada doa agar anak kecil ini cepat sembuh. Nurkhayra Qaseh sudah seminggu demam panas dan batuk tidak berhenti. Sakit rasanya hati kepada bunyi batuk itu apabila Qaseh terpaksa berkali-kali batuk dengan sengsara. Namun Ya ALLAH semua ini ujian dari-MU. Di dalam jiwa mahu aku mengambil tempat Qaseh yang sakit, apa pun aku cukup kagum dengan anak kecil ini, dia begitu tabah, sabar dan cukup kuat menghadapinya. Walapun sakit, Upin Ipin kesayangannya tidak pernah tinggal. Guraunya tidak pernah putus. Katanya tidak pernah padam. Menitis air mata setiap kali dia masih mampu bermain di tengah kesakitan yang dilaluinya. Gusarnya hati seorang ibu tidak dapat aku bayangkan. Aku yakin, inilah juga perasaan ibuku dan ibu-ibu yang lain apabila berhadapan dengan situasi begini. Dan aku cukup kagum dengan ketabahan ibu-ibu yang mempunyai anak yang mengalami sakit yang sukar untuk diubati...Semoga Qaseh akan sembuh segera. Terima kasih abang sebab ada disisi menemani ibu dan Qaseh. Semoga sahaja Qaseh akan terus mengikat tali perkahwinan kita sehingga kita menutup mata.

Friday, October 9, 2009

AKU MENCARI MEREKA KEMBALI....

Salam....puji yang tidak terhingga bagi ALLAH SWT dan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W....

Memang agak lama juga aku ndak menulis, kesibukan menggangu aku membuat catatan peristiwa pada blog ku...sejak bertukar pentadbiran baru di pejabatku, aku kembali seperti aku yang pernah terhenti 2 tahun lepas...2 tahun yang penuh dengan kepahitan, kemarahan, putus asa dan kesedihan...tapi Alhadulillah...berkat belas kasih dan petunjuk ALLAH SWT aku kuatkan diri untuk menempuh semua yang aku hadapi. Waktu itu cuma suami dan anak yang menjadi tempat mengadu dan mengisi masa lapangku. Ntah macam mana, semasa dalam keadaan yang tidak menentu waktu itu...terlintas untuk aku mencari sesuatu agar aku dapat melupakan semua tekanan...mula2 aku buat blog....kemudian terlibat dalam tag...lepas tu masuk fes buk (pinjam ejaan cikgu Zamani). Berjinak-jinak dengan fb, banyak yang aku jumpa...sampai satu hari tu, terdetik dihati untuk cari nama JUNAINAH IMYABIR....kawan ketawa, menangis, makan dan tidur bersama waktu sekolah dan waktu mengajar dulu (sempat gak jadi cikgu setahun setengah)....

Mula daripada situ, aku jejak kembali rakan-rakan sekolah...yang pernah setakat kenal, yang rapat, yang pernah terjeling dan yang tidak pernah bertegur ngan aku pun aku jumpa....dan betapa waktu itu, aku rasa aku sangat jauh daripada mereka...terutama geng-geng GAC aku...siapa lagi kalau bukan Nai, Fei, CT, Mang, Hana, Yati, Rusni, Nuri....semuanya mengudang air mata kesedihan.....terlalu jauh aku tinggalkan diaorang...bukan sebab aku lupa tetapi mungkin keadaan tidak mengizinkan....bertemu mereka di fb, membuatkan aku mahu menebus semua yang aku tinggalkan...cerita2 kehidupan bersama mereka.....bukan stakat geng2 GAC aku saja, Jolyena...jiran sebelah rumah aku yang selalu makan rojak ngan gado-gado bibinya juga aku jumpa di fb....ingat semula telatah kami berjiran......mcm2 yang boleh ditertawakan dan menyedihkan....

Jan Harris, Amdin Omong, Suhaimie Ismail, Fadhillah, Arli Sabar, Shawatie Harun, Minah Urong, Omar Sappi (Omar...hehehehee...dia telah membongkar rahsianya pada aku lepas kami jumpa di fb...hahahahahaaa)...semua rakan2 yang pernah menjadi sebahagian daripada cerita zaman remaja aku....

Dan yang paling berharga...aku jumpa balik guru yang sangat aku kagumi dari dulu Cikgu Ahmad Zamani Ishak (tapi biasalah, aku jenis yang menjauh berbanding kawan2 lain kecuali ngan Cikgu Musa). Aku pernah berazam mahu menjadi sehebat dia dalam berbahasa, berpuisi dan berkarya...ternyata dia tidak boleh ditandingi tetapi apa yang masih tinggal pada aku, aku masih menghargai hasil tulisan, buku2 novel kemasyarakatan dan Kemanusiaan......

Aku mencari mereka kembali untuk lebih menyanyangi, menghargai dan menjalin erti persaudaraan...aku pasti semua yang berlaku ini adalah kerana izin dari ALLAH SWT.....semoga mereka ini akan mendapat rahmat dan perlindungan ALLAH SWT.....

Wednesday, October 7, 2009

Muhasabah Diri.....

  • Aku harus siap menghadapi hidup ini. Apa pun yang terjadi hidup di dunia ini hanya sekali.Aku tidak boleh gagal dan sia-sia tanpa berguna.Tugasku adalah menyempurnakan niat dan ikhtiar. Segala yang terjadi aku serahkan kepada Allah Yang Maha Tahu, yang terbaik bagiku.
  • Aku harus sedar yang terbaik bagiku menurutku belum tentu yang terbaik menurut Allah s.w.t. Bahkan, mungkin aku menuruti keinginan dan harapanku sendiri. Pengetahuanku mengenai diriku atau apa pun amat terbatas sedangkan pengetahuan Allah menyelimuti segalanya. Dia tahu awal, akhir dan segalanya.Sekali lagi betapa pun aku amat menginginkan sesuatu, tetapi hatiku harus ku persiapkan untuk menghadapi kenyataan yang tidak sesuai dengan harapanku. Kerana mungkin itulah yang terbaik bagiku.
  • Aku mesti reda dengan kenyataan yang terjadi. Bila sesuatu terjadi, inilah kenyataan dan episod hidup yang harus aku jalani.Aku harus menikmatinya dan aku tidak boleh larut dalam kekecewaan berterusan. Kecewa dan sakit hati tidak akan merubah segalanya selain membuatkan diriku sengsara. Hatiku mesti menerima kenyataan, namun tubuh serta fikiranku harus tetap bekerja keras mengatasi dan menyelesaikan masalah ini.Apabila nasi sudah menjadi bubur, aku harus mencari ayam, kacang, bawang goreng dan sambal, agar bubur ayam istimewa tetap dapat aku nikmati.
  • Aku tidak boleh menyusahkan diri. Aku harus yakin hidup ini bagai siang dan malam pasti silih berganti. Tidak mungkin siang terus-menerus dan tidak mungkin juga malam terus-menerus. Pasti setiap kesenangan ada hujungnya.Begitupun masalah yang menimpa pasti ada akhirnya. Aku sepatutnya sabar.Aku harus yakin setiap musibah terjadi dengan izin Allah Yang Maha Adil, pasti sudah diukur dengan sangat cermat oleh-Nya dan tidak mungkin melampaui batas kemampuanku, kerana Dia tidak pernah menzalimi hamba-Nya.Aku tidak boleh menzalimi diriku, dengan fikiran buruk yang menyusahkan diri. Fikiranku kenalah jernih, terkawal, tenang dan profesional.Aku harus berani menghadapi persoalan demi persoalan, tidak boleh lari dari kenyataan, kerana lari sama sekali tidak menyelesaikan masalah, bahkan sebaliknya hanya akan menambah masalah. Semua harus aku hadapi dengan baik. Aku tak boleh menyerah kalah.Mesti segala sesuatu ada akhirnya, walaupun persoalan yang aku hadapi seberat mana sekalipun, seperti yang dijanjikan Allah: "Sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan." Janji yang tak pernah dimungkiri Allah.
  • Segala yang terjadi mutlak adalah izin Allah dan Allah tidak berbuat sesuatu yang sia-sia.Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Sepahit apa pun pasti ada kebaikan yang terkandung di dalamnya, apabila disingkap dengan sabar dan benar.Harus aku renungkan mengapa Allah menakdirkan semua ini menimpaku. Boleh jadi peringatan atas dosaku, kelalaianku atau mungkin detik kenaikan kedudukanku di sisi Allah. Mungkin aku harus berfikir untuk mencari kesalahan yang harus aku perbaiki. Setiap kejadian bagai cermin pribadiku. Aku tidak boleh gentar dengan kekurangan dan kesalahan yang terjadi. Cuma yang penting kini aku mengetahui diriku sebenarnya dan aku bertekad sekuat tenaga untuk memperbaikinya. Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.
  • Allahlah satu-satunya penolongku. Aku harus yakin, walaupun bergabung seluruh manusia dan jin untuk menolongku, tidak mungkin terjadi apa pun tanpa izin-Nya.Hatiku harus bulat dan yakin hanya Allahlah yang dapat menolong dan memberi jalan keluar terbaik dari setiap urusan. Tidak ada yang mustahil bagi-Nya, kerana segalanya adalah milik-Nya dan sepenuhnya dalam kekuasaan-Nya.Tidak ada yang dapat menghalangku jika Dia akan menolong hamba-Nya. Dialah yang mengatur segala sebab datangnya pertolongan-Nya. Oleh kerana itu, aku harus berjuang dan berikhtiar untuk mendekati-Nya dengan mengamalkan segala yang disukai-Nya dan melepaskan hati dari kebergantungan kepada selain-Nya, kerana selain Dia hanyalah sekadar makhluk yang tidak berdaya tanpa kekuatan dari-Nya.Ingatlah selalu janji-Nya: "Sesiapa yang bertaqwa kepada-Ku, nescaya Ku beri jalan keluar dari setiap urusannya dan Ku beri rezeki (pertolongan) dari tempat yang tak terduga. Dan sesiapa yang bertawakal kepada-Ku, nescaya akan Ku cukupi segala keperluannya." (QS. 65 (At-Thalaq) : 2-3)

( Terima kasih Ustz. Zawawi Yusuf - semoga aku menjadi lebih kuat menghadapi karenah manusia di sekelilingku, amin) : Dipetik daripada Blog....Aku...lyena:

SUATU KETIKA....

Suatu ketika aku lupa pada siapa aku menerima pesanan...
Suatu ketika aku lupa pada siapa aku menyampaikan pesanan....
Suatu ketika aku lupa mengingati rakan...
Suatu ketika aku lupa siapa dia rakan....
Suatu ketika aku lupa pada kejujuran...
Suatu ketika aku lupa pada kebaikan....
Suatu ketika aku lupa pada kesusahan...
Suatu ketika aku lupa pada kesengsaraann...
Suatu ketika aku lupa pada kemiskinan...
Suatu ketika aku lupa pada penderitaan....
Suatu ketika aku lupa pada kelaparan....
Suatu ketika aku lupa pada tangisan.....
Suatu ketika aku lupa apa yang telah aku lupakan....
Banyaknya yang aku lupa....kenapa aku melupakan segalanya......????????

Friday, October 2, 2009

Salam...lama sangat ndak update my blog...mungkin sebab kesibukan masa atau tiada idea mo menulis sesuatu di dalamnya...terlalu banyak perkara yang berlaku sejak akhir2 ini...tapi apa yang dpat aku lalui,aku cuba laluinya dengan tabah...kesibukan kerja juga terlalu mencengkam....sehingga kadang2 ada yang terpaksa diabaikan...bagaimanapun tanggungjawab harus dilaksanakan.

Wednesday, August 26, 2009

BELAJAR KE JOHOR DAN KISAH SAHABAT YANG TIDAK BERPUASA

Salam....segala puji bagi ALLAH SWT dan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w....Alhamdulillah dipanjatkan kepada ALLAH SWT kerana dengan kurnian dan izinnya dapat juga aku meneruskan puasa sejak semalam...walaupun ketinggalan 4 hari kerana maklumlah wanita mengalami keuzuran tetapi kesempatan yang diberikan ALLAH ini merupakan rahmat darinya.

3 hari lepas berada di Johor dengan 5 orang rakan sekerja yang lain. banyak yang kami pelajari daripada rakan2 di Negeri Johor. Semoga apa yang dikongsikan oleh rakan2 disana akan menjadi bekalan kami balik ke Sabah nanti. Ada juga ujian yang aku lalui semasa sampai ke Johor...barangkali seperti kata suami, semua itu ujian...sampai di Johor, bag pakaian tertinggal di KLIA. Apa nak buat dah berlaku, mau marah pun ndak guna. Kenalah juga beli pakaian baru takut bag sampai lewat walaupun sudah dijanjikan oleh kakitangan MAS ketika itu, bag pakaian berkenaan akan sampai tengah malam nanti. Memandangkan petang itu ada majlis berbuka puasa dengan rakan2 Johor, terpaksa jugalah aku membeli sehelai baju untuk dipakai malam itu....Alhamdulillah...seperti yang dijanjikan, bag pakaian aku sampai juga malam itu....

Sebenarnya ada perkara yang lebih mencabar.....dan membuat aku merasa sedikit malu dengan perbuatan 3 hamba ALLAH yang mengikuti rombongan kami itu (yang 2 lagi bukan beragama ISLAM). Memanglah semua itu masalah peribadi tetapi sebagai orang Islam sepatutnya mereka sendiri dapat menghormati kemuliaan bulan Ramadhan ini walaupun mereka tidak berpuasa. Ini tidak, dengan tidak ada rasa segan dan malu pada orang lain (pada ALLAH apatah lagi), mereka makan, minum dan merokok sesuka hati. Alangkah malunya apabila orang bukan Islam menegur perlakuan mereka itu.

Aku cuma terfikir, mereka itu sudah punya tanggungjawab (2 orang sudah berkahwin dan mempunyai anak). Kalau mereka sendiri tidak dapat menghayati agama Islam ini bagaimana pula anak-anak mereka nanti di didik...MasyaALLAH...ntahlah...ndak berani aku mau tulis panjang2.....memang betul setiap kesalahan itu adalah tanggungan sendiri, dosa sendiri tetapi sekurang-kurangnya jagalah nama baik Agama ALLAH ini dengan sebaiknya....kesalahan kerana lalai pun sudah berdosa apatah lagi kesalahan yang terang2an dilakukan tambahlah berdosa jugak.

Semoga apa yang berlaku ini menjadi pengajaran kepada diriku sendiri dan semoga mereka juga diberikan petunjuk sebelum terlambat....


ALLAHYARHAM YASMIN AHMAD, USTAZ ASRI IBRAHIM DAN KEDATANGAN RAMADHAN

Assalammua'laikum wmt..wbt...

Takziah kepada keluarga Allahyarham Yasmin Ahmad dan Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani). ALLAH SWT telah menjanjikan bahawa kematian itu adalah pasti dan benar. Tiap-tiap yang hidup akan mati.

Rasa kehilangan kepada bakat dan sentuhan Allahyarham Yasmin Ahmad terhadap kreativitinya didalam menghasilkan iklan dan movie yang boleh mendidik pemikiran masyarakat. Isu satu Malaysia telah beliau terapkan di dalam setiap karyanya. Aku paling suka dengan iklan Tan Hon Ming Love....sangat jujur dan ikhlas...itulah gambaran jiwa dan pemikiran anak-anak kecil. Kita pasti tidak akan dapat melihat iklan2 raya tahun ini yang menyentuh terus ke jiwa kita kerana penghasil karya itu telah kembali kepada penciptanya yang sebenar.

Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani) sangat2 mengejutkan. Saya menganggap beliau adalah pelopor lagu-lagu nasyid sejak zaman beliau bersama Nada Murni lagi. Lagu Zikir Munajat merupakan lagu dendangan beliau yang telah membuka hati aku sendiri kepada menutup aurat sebagaimana yang dituntut syarak (ketika itu aku tingkatan 6). Semua lagu-lagu nasyid klasik beliau di dalam Nada Murni menjadi kegemaranku. Kini hanya alunan lagu-lagu yang ditinggalkan beliau sahaja dapat mengubat rindu kepada alunan suaranya. Semoga ALLAH SWT menempatkan beliau bersama para umat yang beriman dan bertaqwa di sana.

Kehilangan keduanya memberikan keinsafan bahawa kematian tidak menanti sesiapa sedangkan keduanya pergi setelah Ramadhan semakin hampir memberikan rahmat kepada sekalian umat manusia. Rasa syukur juga aku panjatkan kepada Ilahi kerana memberikan pula kepada diriku sendiri, suami dan ahli keluarga yang lain menyumbang bakti kepada bulan penuh keberkatan ini. Semuanya atas rahmat dan kasih sayang ALLAH agar di bulan ini segala amalan dapat dipertingkatkan dan dapat menginsafi dosa-dosa yang lepas.

Ya ALLAH..semoga Ramadhan kali ini dapat membentuk keperibadian ku sendiri sebagai muslim yang sejati walaupun tidaklah sewarak orang lain mungkin tetapi mudah2an rahmat ALLAH SWT dapat membawa aku dan keluargaku kejalan yang diredhai oleh-NYA.

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.

Friday, August 14, 2009



I Do Love This Late Yasmin Ahmad Comercial....sangat jujur dari hati seorang kanak-kanak. Iklan hasil arahannya sangat menyentuh hati...Semoga ALLAH SWT menempatkan dia bersama orang2 yang beriman dan dirahmatinya.....