Tuesday, December 29, 2009

TINGGALKAN DENGAN KEMAAFAN...

Salam....

Tahun baru datang lagi....tinggal 2 hari saja untuk berada di tahun 2009 padahal tahun baru Hijrah sudah hampir seminggu berlalu...tapi masih juga di 'level' yang sama. Saban hari mendengar umpatan, kejian, kebencian, cacian dan salah sangka manusia yang digelar cikgu ku sebagai 'tukang karut'. Kalau difikirkan dengan perasaan, mahu rasanya mereka ini dirobek-robek mulut mereka. Tidak sedarkah mereka bahawa saban hari mereka menyiat daging saudara mereka sendiri. Itu kisah si tukang karut.

Lain pula ceritanya pasal orang yang menggelar dirinya 'sahabat' konon. Menumpang senang apabila kita senang. Maka kesempatan digunakan untuk kepentingan sendiri. Tetapi bila kita susah, ditinggalkan sendirian. Malah lebih parah, rupa2nya sahabat inilah yang sering mengacukan pisau tajam dan menikam dari belakang....MasyaALLAH....hanya ALLAH yang Maha Mengetahui....

Tidak lupa mereka yang suka menjadi 'anak wayang'. Kerana mahu dianggap hebat maka orang lain menjadi mangsa....ditindas, dikata, dihina tanpa didengarinya dan menjaja keburukan orang lain. Sakitnya, dia mengaku pula dia yang paling baik di antara semua....yang penting dapat nama....

Ntahlah....memang inilah warna sikap manusia....kepada mereka yang masih tidak tercemar peribadinya, kekalkanlah begitu....semoga ALLAH sentiasa memberikan rahmat pada kalian.

Kepada mereka yang aku sebutkan tadi, demi ALLAH...dalam hati ku tidak ada sekelumitpun dendam...kerana aku sentiasa memaafkan kalian setiap hari, pagi, petang, siang dan malam....janganlah berdendam kerana itu akan membuatkan kita membenci....

Tinggalkanlah tahun 2009 ini dengan penuh kemaafan yang tulus ikhlas kerana ALLAH SWT.....semoga ALLAH akan sentiasa memberikan kita hidayah....amin...

No comments:

Post a Comment