
Salam.....Luluh hati seorang ibu apabila melihat anak kesayangan jatuh sakit. Tidak dapat digambarkan betapa pedihnya perasaan menahan kegelisahan. Namun semua ini ujian dari ALLAH SWT. Bersengkang mata, bersusah payah..di dalam hati dan perasaan hanya ada doa agar anak kecil ini cepat sembuh. Nurkhayra Qaseh sudah seminggu demam panas dan batuk tidak berhenti. Sakit rasanya hati kepada bunyi batuk itu apabila Qaseh terpaksa berkali-kali batuk dengan sengsara. Namun Ya ALLAH semua ini ujian dari-MU. Di dalam jiwa mahu aku mengambil tempat Qaseh yang sakit, apa pun aku cukup kagum dengan anak kecil ini, dia begitu tabah, sabar dan cukup kuat menghadapinya. Walapun sakit, Upin Ipin kesayangannya tidak pernah tinggal. Guraunya tidak pernah putus. Katanya tidak pernah padam. Menitis air mata setiap kali dia masih mampu bermain di tengah kesakitan yang dilaluinya. Gusarnya hati seorang ibu tidak dapat aku bayangkan. Aku yakin, inilah juga perasaan ibuku dan ibu-ibu yang lain apabila berhadapan dengan situasi begini. Dan aku cukup kagum dengan ketabahan ibu-ibu yang mempunyai anak yang mengalami sakit yang sukar untuk diubati...Semoga Qaseh akan sembuh segera. Terima kasih abang sebab ada disisi menemani ibu dan Qaseh. Semoga sahaja Qaseh akan terus mengikat tali perkahwinan kita sehingga kita menutup mata.
No comments:
Post a Comment