Wednesday, December 30, 2009

Tuesday, December 29, 2009

TINGGALKAN DENGAN KEMAAFAN...

Salam....

Tahun baru datang lagi....tinggal 2 hari saja untuk berada di tahun 2009 padahal tahun baru Hijrah sudah hampir seminggu berlalu...tapi masih juga di 'level' yang sama. Saban hari mendengar umpatan, kejian, kebencian, cacian dan salah sangka manusia yang digelar cikgu ku sebagai 'tukang karut'. Kalau difikirkan dengan perasaan, mahu rasanya mereka ini dirobek-robek mulut mereka. Tidak sedarkah mereka bahawa saban hari mereka menyiat daging saudara mereka sendiri. Itu kisah si tukang karut.

Lain pula ceritanya pasal orang yang menggelar dirinya 'sahabat' konon. Menumpang senang apabila kita senang. Maka kesempatan digunakan untuk kepentingan sendiri. Tetapi bila kita susah, ditinggalkan sendirian. Malah lebih parah, rupa2nya sahabat inilah yang sering mengacukan pisau tajam dan menikam dari belakang....MasyaALLAH....hanya ALLAH yang Maha Mengetahui....

Tidak lupa mereka yang suka menjadi 'anak wayang'. Kerana mahu dianggap hebat maka orang lain menjadi mangsa....ditindas, dikata, dihina tanpa didengarinya dan menjaja keburukan orang lain. Sakitnya, dia mengaku pula dia yang paling baik di antara semua....yang penting dapat nama....

Ntahlah....memang inilah warna sikap manusia....kepada mereka yang masih tidak tercemar peribadinya, kekalkanlah begitu....semoga ALLAH sentiasa memberikan rahmat pada kalian.

Kepada mereka yang aku sebutkan tadi, demi ALLAH...dalam hati ku tidak ada sekelumitpun dendam...kerana aku sentiasa memaafkan kalian setiap hari, pagi, petang, siang dan malam....janganlah berdendam kerana itu akan membuatkan kita membenci....

Tinggalkanlah tahun 2009 ini dengan penuh kemaafan yang tulus ikhlas kerana ALLAH SWT.....semoga ALLAH akan sentiasa memberikan kita hidayah....amin...

Monday, December 28, 2009

ULANG TAHUN NURKHAYRA QASEH DAN ULANG TAHUN PERKAHWINAN KAMI YANG KE-3

Salam....betapa susahnya mencari kesempatan untuk mencari ruang menulis...bukan kerana tidak punya masa tapi kadang2 masa sangat singkat untuk dikejar bagi melangsaikan semuanya...Ditambah lagi dengan menghadapi kesulitan2 yang sukar untuk dikatakan...ntah masuk dek akal orang lain atau cuma kita sahaja yang mengalaminya sendiri....SEMUANYA HANYA DALAM PENGETAHUAN ALLAH SWT....

Kesempatan menulis dan mengekspresikan perasaan ni aku mulakan jua dengan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat ILAHI kerana diberi kesempatan yang tidak mampu dibalas dengan kebaikan apapun yang aku lakukan.....syukur kerana masih sempat melihat Nurkhayra Qaseh mencecah usia 2 tahun dan syukur yang tidak terhingga kerana sempat mengingati hari perkahwinan kami yang ke-3 tahun. Terlalu banyak dugaan dan rintangan yang kami hadapi, namun aku percaya hanya ALLAH SWT yang lebih mengetahui segala apa yang berlaku. Dengan kesihatan ku yang agak terganggu sejak akhir2 ini, sakit yang menimpa bapa, kebimbangan suamiku dengan apa yang menimpa aku. Perkembangan Qaseh yang semakin mencabar....keletahnya yang menghiburkan membuat hati menjadi senang tapi kadang2 ada jugak yang menyebalkan fikiran...namun aku sangat2 bersyukur ada anak kecil secomel Qaseh.

Biarpun ulangtahun perkahwinan kami yang ketiga cuma disambut dengan bertukar-tukar hadiah di dalam kereta, tapi ianya cukup membahagiakan. Tidak terlintas di hati yang aku sudah 3 tahun mengahwini abang. Rasanya baru semalam jumpa, bercinta, kahwin dan membina keluarga. Itulah perasaanku setiap hari padanya. Biarpun kadang2 tingkahku agak menyebalkan dia juga tapi itulah perasaanku yang sukar untuk disembunyikan. Kesabaran abang melayan tingkahku tidak terbalas dengan perbuatan, perkataan dan apa juga yang sayang ada. Terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi menjaga sayang dalam apa juga keadaan sekalipun......

Ya ALLAH....mudah2an kesejahteraan rumahtangga kami akan terus terpelihara.....aku benar2 bersyukur kepada-MU Ya ALLAH....Amin.....

Thursday, December 3, 2009

Permata Hati.....


Salam.....Luluh hati seorang ibu apabila melihat anak kesayangan jatuh sakit. Tidak dapat digambarkan betapa pedihnya perasaan menahan kegelisahan. Namun semua ini ujian dari ALLAH SWT. Bersengkang mata, bersusah payah..di dalam hati dan perasaan hanya ada doa agar anak kecil ini cepat sembuh. Nurkhayra Qaseh sudah seminggu demam panas dan batuk tidak berhenti. Sakit rasanya hati kepada bunyi batuk itu apabila Qaseh terpaksa berkali-kali batuk dengan sengsara. Namun Ya ALLAH semua ini ujian dari-MU. Di dalam jiwa mahu aku mengambil tempat Qaseh yang sakit, apa pun aku cukup kagum dengan anak kecil ini, dia begitu tabah, sabar dan cukup kuat menghadapinya. Walapun sakit, Upin Ipin kesayangannya tidak pernah tinggal. Guraunya tidak pernah putus. Katanya tidak pernah padam. Menitis air mata setiap kali dia masih mampu bermain di tengah kesakitan yang dilaluinya. Gusarnya hati seorang ibu tidak dapat aku bayangkan. Aku yakin, inilah juga perasaan ibuku dan ibu-ibu yang lain apabila berhadapan dengan situasi begini. Dan aku cukup kagum dengan ketabahan ibu-ibu yang mempunyai anak yang mengalami sakit yang sukar untuk diubati...Semoga Qaseh akan sembuh segera. Terima kasih abang sebab ada disisi menemani ibu dan Qaseh. Semoga sahaja Qaseh akan terus mengikat tali perkahwinan kita sehingga kita menutup mata.