Sunday, June 28, 2009

30 HARI MENCARI BAHAGIA

Hari ni agak sibuk sikit....tapi sempat baca e-mail yang suami saya kirimkan. Rasanya elok juga kalau saya kongsikan dengan sesapa juga yang mengunjungi blog ni...hehehehee...Formula 30 HARI MENCARI BAHAGIA....amalkan...Insya ALLAH akan menjadi sebahagian daripada peribadi dan amalan hidup kita.....


Hari 1 :Ucapkan TERIMA KASIH mulai hari ini dan hari-hari berikutnya.
Hari 2:Lihat hanya yang terbaik dan mengakui kekurangan yang ada
Hari 3:Mula melaksanakan kerja-kerja yang baik dan mulia
Hari 4:Akui kesilapan dan maafkan diri anda
Hari 5:Bersabarlah apabila merasa marah dan menerima kritikan
Hari 6:Tunjukkan kemesraan pada yang tersayang
Hari 7:Jadilah seorang yang pemurah
Hari 8:Lihat yang terbaik ada pada orang lain dan jangan prejudis
Hari 9:Belajar menerima apa saja/ bersyukur seadanya
Hari 10:Kongsikan ilmu-ilmu yang ada dengan orang lain
Hari 11:Raikan hari penting bersama –sama
Hari 12:Jangan mudah bersangka buruk dan mulakanlah persahabatan
Hari 13:Ubah diri anda
Hari 14:Hormati perasaan orang lain
Hari 15:Sentiasa menjaga kerahsiaan
Hari 16:Hargai segala jasa baik dan pengorbanan orang lain
Hari 17:Berilah pujian tanpa teragak-agak
Hari 18:Lupakan kisah lama dan fokus pada masa depan
Hari 19:Jadilah seorang yang asertif
Hari 20:Atasi perasaan sedih / menyesal
Hari 21:Elakkan perasaan untuk berebut kuasa
Hari 22:Buang perasaan dendam yang ada
Hari 23:Hentikan kritikan yang tidak membina
Hari 24:Terima dan hormati orang lain seadanya
Hari 25:Berikan galakan dan dorongan
Hari 26:Gunakan kata-kata yang positif
Hari 27:Bergembiralah dengan lawak jenaka
Hari 28:Berikan hadiah /cenderamata
Hari 29:Sebarkan berita gembira dengan orang sekeliling
Hari 30:Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada

Wednesday, June 24, 2009


Lagu ni best very motivated..dengar lah..manusia harus sentiasa bertarung dengan cabaran..baru boleh berjaya dan kejayaan yang dicapai dengan kesukaran akan lebih dihargai daripada mendapat sesuatu bukan kerana usaha...

Tuesday, June 23, 2009

A Trip to Kuching...kisah Gambir Sarawak, Bandar Satok & Kesesatan.....


Salam semua.....Saya doakan semoga semuanya sihat dalam lindungan ALLAH S.W.T...lama gak ndak up-date my blog..bz ckit..lagipun baru ja balik dari Bengkel di Kuching Sarawak..pas2 kena impliment pula apa yang di dapat kat Bengkel tu...so agak bz gak lah... Cerita pasal Kuching..ni lah aku mo ceta pengalaman yang barangkali akan menjadi sebahagian daripada cerita hidup aku...hahahahhahaaa...A Trip To Kuching, Kisah Gambir Sarawak, Bandar Satok dan Kesesatan (bukan ajaran sesat yang aku maksudkan tapi perjalanan yang tersesat) First day datang, awal lagilah so me and my geng decide go aroundlah dulu konon..mau p Water Front...daripada hotel Grand Continental Kuching ndaklah jugak jauh..agaknya di depan hotel ja...so macam rusa masuk kampunglah...beranikan diri menyusur jalan...pas2 ada lah pulak memandai ikut jalan kirilah, kananlah...dalam ramai2 tu tiada sorang pun yang tahu jalan ke sana...aku pun ingat2 lupa pasal bandar Kuching sbab first aku sampai dulupun tahun 1998...yang aku ingat replika kucing tu ada kat tengah2 jalan....malu bertanya sesat jalan..tulah pepatah orang melayu konon, so tanyalah dengan kedai2 yang kami lalui kat situ...ok dah dapat direction so kami pun teruskan perjalanan tapi rasa masih jauh jugak mo sampai Waterfront tu...

Masing2 dah mengadu kelaparan, jumpa pula Food Court Car Park dan seingat aku memang ada restoran kat cni..sebab aku pernah datang makan cni dulu (alaaa...tahun 1998 tu..) so aku pun beriya-iyalah bawa diaoran naik..tuptup...sampai tingkat 6 ndak jugak jumpa restoran...apa yang kami dapat cuma berposing....ni lah kalau jalan ngan budak2 yang cita2 sebahagiannya dulu mau jadi MODEL konon tapi ndak kesampaian...hahahahahaha Baju dah basah ni...perut dah lapar...ndak jumpa kedai makan jugak di Food Court tu so turunlah balik...kemudian jalan terus lah...tapi yang bestnya jumpa satu kedai barang2 antik tu, siap berganti2 pulak kami posing kat kedai tu...sampai tuan kedai tegur..."ndak nampak sign board ker, NO PICTURE"...hahahahahhaa...kan kalau dah jalan ngan model, tangkap gambar je lah keja diaorang, sampai sign board pun ndak nampak....malu jugaklah tapi biarlah...bukannya kita orang Sarawak pun..hehehehhehehee....
Lepas tu pegilah jalan2 lagi...tup2 jumpa kedai jual kek sebab asalnya mo ke Waterfront tu mau p seberang sungai ada kilang kek di sana...sudah terlanjur jumpa kedai jual kek Sarawak kami pun pegilah beli....ntah macam mana tengah2 pilih Kek Sarawak tu keluar pula cerita pasal Ikan Terubok..kak di kedai tu boleh tolong provide dan hantar kat Hotel nanti kononnya...dah tu, macam2lah budak2 ni buat permintaan...sampai ada yang minta Gambir Sarawak...haaaa!...akak kedai tu siap bukak sampel lagi bagi tengok ngan budak2 yang most of them belum kahwin pun kecuali aku dan Ezwan...budak Azrihan (AADK Labuan) ngan budak Saiful tu berabis servay Gambir Sarawak tu..macam2lah alasan...orang kirimlah, beli tuk pakciklah....Janet ngan Wawan pun ikut teruja...aku gelak je lah ngan perangai budak2 ni....diaorang siap lagi belajar macam mana nak pakai Gambir Sarawak tu...beli berpaket2...fuhhhh...tapi and the end of the day, akak tu ceta yang gambir tu bukan tuk yang tttuuuuuuuuuttttttttttttt....jer tapi baik tuk orang yang sakit gigi tapi biasanya orang cari memang tuk tujuan tu jugaklah....sampai habis kursus Gambir Sarawak jadi nama panggilan Azrihan...

Sampailah jumpa Replika Kuching tu kat tengah2 bandar...apa lagi masing2 berposing sakan tengah2 panas tu dan tengah2 perut berkeroncong....lepas posing kami pegi lah Shopping Compleks lah konon...mau cari tempat makanlah...pusing punya pusing last2 tanya orang kat situ...rupa2nya bangunan begitu besar, tiada pula food court disediakan....hampeh betul...last2 semua setuju duduk makan kat KFC...dah penat, malaslah mo jalan cari tempat makan yang lain, so makan kat KFC tu jgaklah (macamlah kat Sabah tiada KFC ba)...sambil membebel dan kepenatan tu makan jugaklah...

lepas makan trus p Water Front Kuching...kat cni lagilah budak2 ni berposing...siap Ezwan offer omputeh gambar ngan dia lagi...biarpun omputeh tu ndak faham apa yang dorang budak2 ni ketawakan, dia ikut sengeh jer lah...jauh jugaklah berjalan....jam pun hampir pukul 3 dah...masa tuk pendaftaran dah nak mula...huh! kalau mau balik hotel takut sesaattt lagi...jadi mintalah dorang ni tanya pondok polis kat depan tu, tup2 polis tu kata Satok tu jauh kalau mau jalan kaki lebih kurang 5KM...ui!!!! jauh jugak dari hotel jalan kaki ke Water Front...(sumpah...aku ingatkan hotel tempat kami berbengkel tu letaknya kat Satok). Penat punya pasal, aku suggest kami naik teksi jerlah nak balik....patak2lah tambang...dengan bangganya kami ambik dua teksi ke Satok yang aku fikir letaknya hotel kami menginap....sampai2 kat Satok aku jadi blur....MANA HOTEL...dalam hatilah...pas2 aku ingat kena jalan sikit lagi baru jumpa hotel tu...tau2...Satok tu tempat beli Ikan Terubuk Masin...Mak Oiiii...aku ingatkan Saiful tanya mana hotel kitaorang, then diaorang pun pikir aku tau yang Satok tu tempat yang lain dari Hotel....punyalah geli hati..tu lah lain kali kalau mo bertanya biarlah jelas....ni masing2 ikut tanggapan masing2....alih2 semua ikut jalan salah....terpaksalah bayar teksi 2 kali...minta hantar balik ke hotel....
Malam waktu sesi suaikenal tu, fuh...heboh pasal Gambir Sarawak...macam2 andaian yang dibuat...tapi ice breaking malam tu memang best...sampai ada yang ketawa tergulik2 kat lantai...4 hari Bengkel dijalankan rasanya banyak memberi input berguna terutamanya aku sendiri yang semakin jelas dengan arah Unit di bawah jagaan aku..sebelum ni main pandai2 sendiri jer lah....orang cakap ikut suka hati sendiri mo buat....tapi lepas balik daripada Bengkel rasanya ramai yang harus berubah dan menerima perubahan sebab kata Tuan Mahadi "orang yang tidak mahu belajar, samalah macam orang kerdil yang tidak mahu tinggi".....hahahahahhahaaa.........

Buat anak2 buah aku, mudah2an Bengkel ini dapat membantu arah tuju mereka di dalam organisasi sebab kalau kita sendiri tidak jelas dengan apa yang patut kita buat, jadilah organisasi ini macam tak wujud.....Thanks to Cik Fatin, Cik Melati n Cik Maslia Iriena atas tunjuk ajar kalian. Semoga kalian sentiasa di Rahmati ALLAH S.W.T....

C ya......Wassalam........



Thursday, June 11, 2009

Who's The Boss And The Leader


The Boss uses " I "
The Leader Uses " WE "
The Boss Creates FEAR
The Leader Inspires TRUST
The boss " Knows How "
The Leader " Shows How "
The Boss Orders...The Leader Asks.
The Boss Relies On His Authority to Get Things Done
The Leader Relies on Co-Operation To Get Things Done
The Boss Provokes Resentmens
The Leader Fires Enthusiasm

Sunday, June 7, 2009

Ustaz Akhill Hayy dan Soal Kehidupan……

Salam...jam di skrin baru pukul 1.08pagi...mata belum mau lelap...banyak persoalan yang bermain di dalam kepala...Tadi lepas tunggu abang terlelap n baby nyenyak di alam tidurnya aku teringat pula apa yang baru aku saksikan di kaca TV kejap tadi (Galaxy TV9 ) sebelum ni ada jugak baca paper tapi malas pulak mo fikir n ambil peduli...

Paparan kisah Ustaz Akhill Hayy begitu menarik mindaku....banyak juga kisah selebriti yang kahwin cerai melanda dunia artis tapi ada aku kisah....kali ini aku begitu tertarik untuk menulis sesuatu...mungkin juga sebab yang empunya badan yang dipaparkan kisahnya kali ini salah seorang manusai yang aku kagumi....dan mungkin kerana statusnya sebagai Ustaz muda yang begitu banyak bercakap soal-soal keagamaan...

Sebenarnya apa yang menarik perhatian aku bukanlah pasal sebab musabab kenapa rumahtangganya menjadi perhatian(akupun ndak minat dengan kisah2 keruntuhan rumahtangga artis ni) tapi aku lebih tertarik dengan beberapa ungkapan yang keluar dari mulut beliau dan ulasan sahabat beliau dari seberang...begitu membuka mindaku untuk mengaitkan kisah beliau dengan beberapa perkara yang memang logik kalau kita mahu berfikir.....

1. "Apa yang berlaku ini adalah percaturan Tuhan Yang Punya Dunia"

Sebenarnya aku lebih suka melihat sesuatu kejadian itu secara positif dan apa yang dikatakan Ustaz Akhill Hayy itu juga ingin aku tafsir mengikut pemikiran yang positif. Memang benar apa yang beliau lalui ketika ini satu ujian daripada Yang Maha Esa dan bila kita sebagai insan menerima apa juga dugaan sebagai satu Teguran Daripada Yang Punya Dunia sebagai satu ujian aku pasti kita dapat melalui dugaan itu dengan senang hati malah penuh kesyukuran kerana kita punya pengalaman untuk melalui dugaan tersebut yang kadangkala orang lain tidak berpeluang untuk belajar daripada dugaan yang datang...

Sememangnya kehidupan kita telah ditentukan sejak azali lagi cuma apa yang berlaku punya sebab dan akibat. manusia merupakan ciptaan ILAHI yang paling sempurna di muka bumi kerana kita diberikan akal dan fikiran berbeza dengan yang lain. Apapun sebagai manusia juga kita ada kelemahan sendiri yang sering pula lalai, alpa dan kadangkala tidak sedar diri bila berada pada kedudukan yang agak selesa....waktu itu kita akan mula lupa...(inilah yang Tun Mahathir kata : Melayu Mudah Lupa) bahawa kita cuma menumpang di dunia yang dipinjamkan oleh ALLAH S.W.T. Pada ketika itulah akan datang teguran daripada Tuhan Yang Punya Dunia ini bahawa kita sudah melupakan tanggungjawab kita sebagai manusia.

Teguran ALLAH S.W.T sebenarnya boleh datang dalam pelbagai bentuk. Kadangkala teguran itu datang secara terus atau omputeh cakap 'direct' dengan cara kita mengalami musibah. Tidak kiralah berat ataupun ringan tetapi ALLAH tidak akan membalas kita dengan balasan yang tidak mampu kita tanggung kerana memang sifat ALLAH S.W.T itu Maha Pengasih dan Penyayang....


Kadangkala ada juga teguran itu dititipkan atau dikirim melalui orang lain. Dengan kata lain ALLAH menjadikan manusia sekeliling kita sebagai penyebab kepada berlakunya sesuatu peristiwa...paling mudah yang boleh difahami...apabila kita buang sampah ada orang lain yang menegur bahawa membuang sampah itu satu kesalahan dan ALLAH S.W.T sangat cintakan kebersihan...itu contoh yang paling mudah untuk difahami....makna yang paling besar di sebalik itu ialah sebenarnya Teguran yang ALLAH S.W.T sampaikan itu adalah kerana kita sendiri telah melakukan kesalahan dan kesalaha itu perlu pula diperbetulkan...(demi ALLAH dan Rasul-NYA bahawa apa yang berlaku pada aku sejak 2 tahun lalu merupakan teguran yang paling mulia daripada ALLAH S.W.T. Dengan rasa rendah diri aku tidak sedikitpun menyalahkan sesiapa malah bersyukur kerana ditegur untuk memperbaiki segala kesilapan. Teguran daripada ALLAH juga merupakan tanda bahawa ALLAH masih sayang pada hambanya...)

2. "ini soal dunia beb....hari ini hari aku, mungkin esok hari engkau"

Aku percaya apa yang cuba disampaikan oleh Ustaz Akhill itu sebenarnya untuk menjelaskan bahawa hidup kita umpama roda. Sekejap kita bahagia, sekejap kita berduka. Gembira dan Sedih akan silih berganti. Sekejap berada di atas dan sekejap kita akan berada di bawah kerana memang telah ditentukan hanya ALLAH S.W.T sahaja yang kekal pada kedudukannya.

Pengajaran yang cuba aku simpulkan mengikut pemikiran aku sendiri (tolong komen kalau ada yang terbaca artikel ini...). Kita jangan merasa gembira dengan kesusahan orang lain. Jangan mengambil kesempatan di atas kesenangan oran lain sebagai batu loncatan untuk kita mendapatkan kepentingan.

Dan jangan menganggap bahawa kita adalah "orang yang sentiasa betul" dalam apa juga perkara. Itu sombong namanya. Orang lain tidak pernah bertindak betul baginya (aku ada kenal sorang ni..memang mengerikan perangai dia. Dahlah sombong, angkuh dan berlagak lagi). Orang sebegini akan sentiasa perasan kerana apa juga perbuatannya adalah betul. Mereka juga menganggap orang lain itu berdosa, tidak berguna dan pernah melakukan kesilapan so tidak perlulah mengikut atau menerima pendapat mereka padahal dalam masa yang sama dia tidak sedar bahawa dia juga melakukan kesilapan yang lebih teruk daripada orang lain yang akhirnya akan memakan diri sendiri.

Ya mungkin balasannya bukan hari ini tapi pada masa akan datang....atau bukan keatas dirinya sendiri tapi pada anak cucu kita ataupun yang paling berat...kita tidak dibalas, ditegur dan diperbetulkan di dunia tetapi akan menerima balasan yang lebih hebat di akhirat kelak. Setiap perbuatan kita akan dibalas seperti hukum karma....

3. " untuk menjadi isteri yang soleha, tidak perlu menunggu suami menjadi soleh dan untuk menjadi suami yang soleh tidak perlulah menunggu isterinya menjadi soleha terlebih dahulu...." itu kenyataan rakan seperjuangan Ustaz Akhill Hayy dari negara seberang (aku lupa plak namanya)

Rasanya yang ini aku ndak mo ulas panjang2...sendiri mau ingatlah...lu pikirlah sendiri. Cuma bagi aku untuk menjaga kerukunan rumahtangga, hal tempat tidur janganlah dibawa keluar bilik dan rumah. Isteri bertanggungjawab bagi menjaga maruah suaminya dan suami juga harus menjaga keaiban isterinya....

Baaa, kunun....macam pandai ja aku kan....aku bukanlah orang yang arif pasal agama tapi sesungguhnya dunia ini juga disediakan ALLAH S.W.T untuk manusia yang mahu berfikir tentang kejadian alam dan isinya. Mengagungkan kebesaran ALLAH dan sentiasalah bersyukur kepada-NYA kerana kita diberi kesempatan menjadi penghuni dimuka bumi ini....siap dengan pakej lagi tu...boleh melihat, mendengar dan menghidu....

Keimanan kepada ALLAH pula bukanlah perkara yang harus ditunjuk (itu riak namanya) dan dicanang kepada orang lain kerana hanya Tuhan Yang Punya Dunia sahaja Maha Mengetahui kita beriman ataupun tidak...bukan juga bermakna nampak baik itu beriman kepada ALLAH dan orang yang pernah melakukan kesalahan itu tidak beriman pula. Biarlah ALLAH S.W.T menentukan siapa yagn paling layak disisinya. Tanggungjawab kita harus mempastikan kita balik dengan bekalan yang cukup kelak....

Minta maaf kalau ada pula yang tersilap tafsir....aku doakan semoga apapun yang menimpa Ustaz Akhill Hayy dan keluarga akan dapat diterima dengan redha dan sabar. Mudah2an juga masih dapat diselamatkan bagi menjaga keharmonian rumahtangga tetapi kiranya tidak juga dapat bersama barangkali jodoh hanya sehingga di situ yang telah dituliskan di atas sana....Hanya ALLAH sahaja maha mengetahui.....

Qaseh : 2.02 pagi
06.06.2009

Friday, June 5, 2009

SYURGA WANITA BERADA PADA SUAMINYA...

KISAH BENAR - WASIAT BUAT ISTERI TERSAYANG.....

Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah.Buat semua,pada yang dah berkahwin,baru nak kawin ataupun akan kawin nanti,kisahnie biarlah tersemat didalam jiwa...

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasaamat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah..Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.

Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.

Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.Antara jawapannya ialah:Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka miliksuaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya.Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknyakepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.


Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaanny diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama ratakepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama ratakepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.

Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.

Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,danhendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lainiaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu. "Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan.Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."

"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku
suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat."

"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga."

"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat slam

-she should be thankful...... she got the forgiveness from her husband-

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Thursday, June 4, 2009

9 Sebab Hati Tidak Bahagia.......


1- Pemarah

Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

2- Pendendam

Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3- Hasad dengki

Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4- Bakhil

Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5- Tamak

Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6- Tidak sabar

Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7- Ego

Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

8- Riak

Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

9- Cinta Dunia

Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Kesimpulan......Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara totalnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain lainnya, tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak bahagia.

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain, andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wednesday, June 3, 2009

GELAGAT QASEH.......

Salam....

Cubalah ba tinguk gelagat "model' kecil ni...hahahha...ada gaya model ka? dia ni pantang betul kalau disuruh bergambar depan kamera...memanglah depan kamera takkan depan kerusi roda plak mau tangkap gambar....macam2 gayalah dia buat....pose mautlah katakan....

Apa yang menarik dengan kehadiran Qaseh ni ialah perubahan yang dilaluinya setiap hari...aku rasa semua ibu bapa pun pasti akan merasa teruja dengan perubahan yang mereka tunjukkan setiap hari...pasti ada saja tingkahnya yang cukup mencuit hati ditunjukkan setiap hari...dari segi percakapan, perbuatan dan perubahan....semuanya menyenangkan dan membahagiakan....


Barangkali itulah juga yang dilalui oleh ibu bapa kita dulu....aku pasti itulah perasaan mereka...apapun yang dilakukannya menjadi pengubat dan hiburan buat kami sekeluarga....umur Qaseh baru 1 tahun 6 bulan...tapi tanyalah apa perkataan yang dia tak bleh sebut...jangan salah sebut dahlah...tentu dia akan ikut sama sebutkan benda2 tu....benarlah anak-anak belajar daripada ibu bapa.....

Kadangkala garangnya mengalahkan aku...aku memang agak garang...tapi yang bestnya apabila dia bercakap, tuturnya lembut dan sopan...baru aku sedar bahawa dia memiliki sifat "aku dan suamiku" tapi aku lebih suka kalau dia memiliki lebih banyak sifat ayahnya sendiri....PENYAYANG, SENTIASA BERTOLAK ANSUR DAN MEMANG KALAU BERCAKAP PUN KADANG2 AKU SENDIRI HAMPIR TIDAK DENGAR berbanding dengan perangai aku yang agak kasar dan GARANG...huhuhuhuhu.....keletahnya Qaseh mengalahkan kanak-kanak lain seusianya....namun semua itu aku rasa hasil daripada pembentukan keluarga yang mendidiknya....dan aku sentiasa berdoa agar sifat dan tingkah lakunya akan kekal sehingga dia dewasa kelak....aku teringat kuliah radio IKIM pagi tadi...SEANDAINYA IBU BAPA BERJAYA MENDIDIK ANAK PEREMPUANNYA MENJADI WANITA SOLEHA, MEREKALAH YANG AKAN MAMPU MENYELAMATKAN IBU BAPANYA DI AKHIRAT KELAK....

Sebenarnya, mendidik anak-anak agar menjadi lebih baik adalah tanggungjawab yang sangat berat...dengan persekitaran dan suasana yang agak terbuka sekarang ini, masa depan anak-anak menjadi satu kebimbangan namun aku fikirnya, sekiranya di rumah itu seumpama syurga bagi anak-anak...masakan mereka mahu memilih jalan yang salah di luar sana....bagaimana kita mencorak gaya hidup mereka terpulang kepada cara kita mendidik mereka....

Dan aku sendiri tidak pernah putus berdoa setiap malam apabila melihat dia tidur agar dirinya dilimpahi Rahmat daripada ALLAH S.W.T dan dikurniakan Qaseh dengan Hidayah daripada-NYA....aminnnnnnn.....

Cerita Gadis Kecil..........

Tangisan gadis kecil kedengaran di segenap alam meminta simpati setiap insan yang mendengarnya. Namun tiada juga yang datang menhulurkan tangan lalu si gadis kecil berhenti merenung jauh ke hadapan seolah-olah melihat kegelapan di dalam sejarah kehidupan yang bakal ditempuhi kelak....

Di kejauhan kelihatan sinar memancarkan cahayanya....mencari arah dan bergerak perlahan...mencuba singgah di tepian langit yang kebiruan...indah tak terkira...

Mendung yang datang diusir jauh si gadis kecil lalu mendongak mengucapkan syukur kepada ILAHI....di dalam jiwa terbit cerita bahagia kerana masih bernyawa...."susah bukan bermakna derita" detik hati nurani yang suci. lalu senyuman diukir menghiasi paginya...tangan tidak henti ditadah berterima kasih kepada Yang Esa berkat hidup, nafas, pandangan, pendengaran, pemikiran dan peluang untuk mencari kehidupan...menempuh cabaran dan menghadapi kematian yang bakal menjelang.....

Gadis kecil berjalan meneruskan kehidupan kerana dunia ini bukan kosong, penjalanan bukan seorang...asalkan nikmat yang diterima dapat diterima dengan penuh kesabaran, ketabahan dan kesyukuran....

Sesusah mana kehidupan sebagai gadis kecil ini, perjuangan harus diteruskan...sinar pasti ada di hadapan...harusnya sahaja sentiasalah ingat bahawa yang dipinjamkan ini pun sementara dan kehidupan selepasnya sentiasa menanti dan terbuka.....

Insya ALLAH....

Qaseh...29 may 2009
10.45 malam