Cubalah ba tinguk gelagat "model' kecil ni...hahahha...ada gaya model ka? dia ni pantang betul kalau disuruh bergambar depan kamera...memanglah depan kamera takkan depan kerusi roda plak mau tangkap gambar....macam2 gayalah dia buat....pose mautlah katakan....
Apa yang menarik dengan kehadiran Qaseh ni ialah perubahan yang dilaluinya setiap hari...aku rasa semua ibu bapa pun pasti akan merasa teruja dengan perubahan yang mereka tunjukkan setiap hari...pasti ada saja tingkahnya yang cukup mencuit hati ditunjukkan setiap hari...dari segi percakapan, perbuatan dan perubahan....semuanya menyenangkan dan membahagiakan....
Barangkali itulah juga yang dilalui oleh ibu bapa kita dulu....aku pasti itulah perasaan mereka...apapun yang dilakukannya menjadi pengubat dan hiburan buat kami sekeluarga....umur Qaseh baru 1 tahun 6 bulan...tapi tanyalah apa perkataan yang dia tak bleh sebut...jangan salah sebut dahlah...tentu dia akan ikut sama sebutkan benda2 tu....benarlah anak-anak belajar daripada ibu bapa.....
Kadangkala garangnya mengalahkan aku...aku memang agak garang...tapi yang bestnya apabila dia bercakap, tuturnya lembut dan sopan...baru aku sedar bahawa dia memiliki sifat "aku dan suamiku" tapi aku lebih suka kalau dia memiliki lebih banyak sifat ayahnya sendiri....PENYAYANG, SENTIASA BERTOLAK ANSUR DAN MEMANG KALAU BERCAKAP PUN KADANG2 AKU SENDIRI HAMPIR TIDAK DENGAR berbanding dengan perangai aku yang agak kasar dan GARANG...huhuhuhuhu.....keletahnya Qaseh mengalahkan kanak-kanak lain seusianya....namun semua itu aku rasa hasil daripada pembentukan keluarga yang mendidiknya....dan aku sentiasa berdoa agar sifat dan tingkah lakunya akan kekal sehingga dia dewasa kelak....aku teringat kuliah radio IKIM pagi tadi...SEANDAINYA IBU BAPA BERJAYA MENDIDIK ANAK PEREMPUANNYA MENJADI WANITA SOLEHA, MEREKALAH YANG AKAN MAMPU MENYELAMATKAN IBU BAPANYA DI AKHIRAT KELAK....
Sebenarnya, mendidik anak-anak agar menjadi lebih baik adalah tanggungjawab yang sangat berat...dengan persekitaran dan suasana yang agak terbuka sekarang ini, masa depan anak-anak menjadi satu kebimbangan namun aku fikirnya, sekiranya di rumah itu seumpama syurga bagi anak-anak...masakan mereka mahu memilih jalan yang salah di luar sana....bagaimana kita mencorak gaya hidup mereka terpulang kepada cara kita mendidik mereka....
Dan aku sendiri tidak pernah putus berdoa setiap malam apabila melihat dia tidur agar dirinya dilimpahi Rahmat daripada ALLAH S.W.T dan dikurniakan Qaseh dengan Hidayah daripada-NYA....aminnnnnnn.....
No comments:
Post a Comment