Salam...jam di skrin baru pukul 1.08pagi...mata belum mau lelap...banyak persoalan yang bermain di dalam kepala...Tadi lepas tunggu abang terlelap n baby nyenyak di alam tidurnya aku teringat pula apa yang baru aku saksikan di kaca TV kejap tadi (Galaxy TV9 ) sebelum ni ada jugak baca paper tapi malas pulak mo fikir n ambil peduli...
Paparan kisah Ustaz Akhill Hayy begitu menarik mindaku....banyak juga kisah selebriti yang kahwin cerai melanda dunia artis tapi ada aku kisah....kali ini aku begitu tertarik untuk menulis sesuatu...mungkin juga sebab yang empunya badan yang dipaparkan kisahnya kali ini salah seorang manusai yang aku kagumi....dan mungkin kerana statusnya sebagai Ustaz muda yang begitu banyak bercakap soal-soal keagamaan...
Sebenarnya apa yang menarik perhatian aku bukanlah pasal sebab musabab kenapa rumahtangganya menjadi perhatian(akupun ndak minat dengan kisah2 keruntuhan rumahtangga artis ni) tapi aku lebih tertarik dengan beberapa ungkapan yang keluar dari mulut beliau dan ulasan sahabat beliau dari seberang...begitu membuka mindaku untuk mengaitkan kisah beliau dengan beberapa perkara yang memang logik kalau kita mahu berfikir.....
1. "Apa yang berlaku ini adalah percaturan Tuhan Yang Punya Dunia"
Sebenarnya aku lebih suka melihat sesuatu kejadian itu secara positif dan apa yang dikatakan Ustaz Akhill Hayy itu juga ingin aku tafsir mengikut pemikiran yang positif. Memang benar apa yang beliau lalui ketika ini satu ujian daripada Yang Maha Esa dan bila kita sebagai insan menerima apa juga dugaan sebagai satu Teguran Daripada Yang Punya Dunia sebagai satu ujian aku pasti kita dapat melalui dugaan itu dengan senang hati malah penuh kesyukuran kerana kita punya pengalaman untuk melalui dugaan tersebut yang kadangkala orang lain tidak berpeluang untuk belajar daripada dugaan yang datang...
Sememangnya kehidupan kita telah ditentukan sejak azali lagi cuma apa yang berlaku punya sebab dan akibat. manusia merupakan ciptaan ILAHI yang paling sempurna di muka bumi kerana kita diberikan akal dan fikiran berbeza dengan yang lain. Apapun sebagai manusia juga kita ada kelemahan sendiri yang sering pula lalai, alpa dan kadangkala tidak sedar diri bila berada pada kedudukan yang agak selesa....waktu itu kita akan mula lupa...(inilah yang Tun Mahathir kata : Melayu Mudah Lupa) bahawa kita cuma menumpang di dunia yang dipinjamkan oleh ALLAH S.W.T. Pada ketika itulah akan datang teguran daripada Tuhan Yang Punya Dunia ini bahawa kita sudah melupakan tanggungjawab kita sebagai manusia.
Teguran ALLAH S.W.T sebenarnya boleh datang dalam pelbagai bentuk. Kadangkala teguran itu datang secara terus atau omputeh cakap 'direct' dengan cara kita mengalami musibah. Tidak kiralah berat ataupun ringan tetapi ALLAH tidak akan membalas kita dengan balasan yang tidak mampu kita tanggung kerana memang sifat ALLAH S.W.T itu Maha Pengasih dan Penyayang....
Kadangkala ada juga teguran itu dititipkan atau dikirim melalui orang lain. Dengan kata lain ALLAH menjadikan manusia sekeliling kita sebagai penyebab kepada berlakunya sesuatu peristiwa...paling mudah yang boleh difahami...apabila kita buang sampah ada orang lain yang menegur bahawa membuang sampah itu satu kesalahan dan ALLAH S.W.T sangat cintakan kebersihan...itu contoh yang paling mudah untuk difahami....makna yang paling besar di sebalik itu ialah sebenarnya Teguran yang ALLAH S.W.T sampaikan itu adalah kerana kita sendiri telah melakukan kesalahan dan kesalaha itu perlu pula diperbetulkan...(demi ALLAH dan Rasul-NYA bahawa apa yang berlaku pada aku sejak 2 tahun lalu merupakan teguran yang paling mulia daripada ALLAH S.W.T. Dengan rasa rendah diri aku tidak sedikitpun menyalahkan sesiapa malah bersyukur kerana ditegur untuk memperbaiki segala kesilapan. Teguran daripada ALLAH juga merupakan tanda bahawa ALLAH masih sayang pada hambanya...)
2. "ini soal dunia beb....hari ini hari aku, mungkin esok hari engkau"
Aku percaya apa yang cuba disampaikan oleh Ustaz Akhill itu sebenarnya untuk menjelaskan bahawa hidup kita umpama roda. Sekejap kita bahagia, sekejap kita berduka. Gembira dan Sedih akan silih berganti. Sekejap berada di atas dan sekejap kita akan berada di bawah kerana memang telah ditentukan hanya ALLAH S.W.T sahaja yang kekal pada kedudukannya.
Pengajaran yang cuba aku simpulkan mengikut pemikiran aku sendiri (tolong komen kalau ada yang terbaca artikel ini...). Kita jangan merasa gembira dengan kesusahan orang lain. Jangan mengambil kesempatan di atas kesenangan oran lain sebagai batu loncatan untuk kita mendapatkan kepentingan.
Dan jangan menganggap bahawa kita adalah "orang yang sentiasa betul" dalam apa juga perkara. Itu sombong namanya. Orang lain tidak pernah bertindak betul baginya (aku ada kenal sorang ni..memang mengerikan perangai dia. Dahlah sombong, angkuh dan berlagak lagi). Orang sebegini akan sentiasa perasan kerana apa juga perbuatannya adalah betul. Mereka juga menganggap orang lain itu berdosa, tidak berguna dan pernah melakukan kesilapan so tidak perlulah mengikut atau menerima pendapat mereka padahal dalam masa yang sama dia tidak sedar bahawa dia juga melakukan kesilapan yang lebih teruk daripada orang lain yang akhirnya akan memakan diri sendiri.
Ya mungkin balasannya bukan hari ini tapi pada masa akan datang....atau bukan keatas dirinya sendiri tapi pada anak cucu kita ataupun yang paling berat...kita tidak dibalas, ditegur dan diperbetulkan di dunia tetapi akan menerima balasan yang lebih hebat di akhirat kelak. Setiap perbuatan kita akan dibalas seperti hukum karma....
3. " untuk menjadi isteri yang soleha, tidak perlu menunggu suami menjadi soleh dan untuk menjadi suami yang soleh tidak perlulah menunggu isterinya menjadi soleha terlebih dahulu...." itu kenyataan rakan seperjuangan Ustaz Akhill Hayy dari negara seberang (aku lupa plak namanya)
Rasanya yang ini aku ndak mo ulas panjang2...sendiri mau ingatlah...lu pikirlah sendiri. Cuma bagi aku untuk menjaga kerukunan rumahtangga, hal tempat tidur janganlah dibawa keluar bilik dan rumah. Isteri bertanggungjawab bagi menjaga maruah suaminya dan suami juga harus menjaga keaiban isterinya....
Baaa, kunun....macam pandai ja aku kan....aku bukanlah orang yang arif pasal agama tapi sesungguhnya dunia ini juga disediakan ALLAH S.W.T untuk manusia yang mahu berfikir tentang kejadian alam dan isinya. Mengagungkan kebesaran ALLAH dan sentiasalah bersyukur kepada-NYA kerana kita diberi kesempatan menjadi penghuni dimuka bumi ini....siap dengan pakej lagi tu...boleh melihat, mendengar dan menghidu....
Keimanan kepada ALLAH pula bukanlah perkara yang harus ditunjuk (itu riak namanya) dan dicanang kepada orang lain kerana hanya Tuhan Yang Punya Dunia sahaja Maha Mengetahui kita beriman ataupun tidak...bukan juga bermakna nampak baik itu beriman kepada ALLAH dan orang yang pernah melakukan kesalahan itu tidak beriman pula. Biarlah ALLAH S.W.T menentukan siapa yagn paling layak disisinya. Tanggungjawab kita harus mempastikan kita balik dengan bekalan yang cukup kelak....
Minta maaf kalau ada pula yang tersilap tafsir....aku doakan semoga apapun yang menimpa Ustaz Akhill Hayy dan keluarga akan dapat diterima dengan redha dan sabar. Mudah2an juga masih dapat diselamatkan bagi menjaga keharmonian rumahtangga tetapi kiranya tidak juga dapat bersama barangkali jodoh hanya sehingga di situ yang telah dituliskan di atas sana....Hanya ALLAH sahaja maha mengetahui.....
Qaseh : 2.02 pagi
06.06.2009

No comments:
Post a Comment