Wednesday, June 3, 2009

Cerita Gadis Kecil..........

Tangisan gadis kecil kedengaran di segenap alam meminta simpati setiap insan yang mendengarnya. Namun tiada juga yang datang menhulurkan tangan lalu si gadis kecil berhenti merenung jauh ke hadapan seolah-olah melihat kegelapan di dalam sejarah kehidupan yang bakal ditempuhi kelak....

Di kejauhan kelihatan sinar memancarkan cahayanya....mencari arah dan bergerak perlahan...mencuba singgah di tepian langit yang kebiruan...indah tak terkira...

Mendung yang datang diusir jauh si gadis kecil lalu mendongak mengucapkan syukur kepada ILAHI....di dalam jiwa terbit cerita bahagia kerana masih bernyawa...."susah bukan bermakna derita" detik hati nurani yang suci. lalu senyuman diukir menghiasi paginya...tangan tidak henti ditadah berterima kasih kepada Yang Esa berkat hidup, nafas, pandangan, pendengaran, pemikiran dan peluang untuk mencari kehidupan...menempuh cabaran dan menghadapi kematian yang bakal menjelang.....

Gadis kecil berjalan meneruskan kehidupan kerana dunia ini bukan kosong, penjalanan bukan seorang...asalkan nikmat yang diterima dapat diterima dengan penuh kesabaran, ketabahan dan kesyukuran....

Sesusah mana kehidupan sebagai gadis kecil ini, perjuangan harus diteruskan...sinar pasti ada di hadapan...harusnya sahaja sentiasalah ingat bahawa yang dipinjamkan ini pun sementara dan kehidupan selepasnya sentiasa menanti dan terbuka.....

Insya ALLAH....

Qaseh...29 may 2009
10.45 malam

No comments:

Post a Comment